Logo

Logo
MPPU_SMKA MAAHAD HAMIDIAH 2010/2011

Saturday 19 November 2011

Selamat Maju Jaya STPM 2011

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Maaf daripada kami dari krew multimedia kepada semua pengunjung kerana sudah sekian lama tidak mengemaskini . Disebabkan STPM hanya menghitung hari, jadi kami mengalami kekangan masa yang agak kritikal untuk membuat persiapan yang rapi bagi menghadapi hari yang bakal menjelang tidak lama lagi.InsyaAllah, kami akan memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Alhamdulillah, tanggal 19 November 2011 semua pelajar prauniversiti (6 Atas) Hamidiah telah menduduki peperiksaan MUET. Peperiksaan tersebut berlangsung dengan lancar. Kini adalah masa untuk membuat persiapan yang terakhir untuk menghadapi STPM 2011 yang bakal tiba pada 21 November sehingga 15 Disember 2011. Semoga calon-calon STPM 2011 SMKA Maahad Hamidiah dapat menghadapinya dengan tenang. InsyaAllah, berkat doa ibubapa  dan guru-guru akan mengiringi perjuangan yang sangat bermakna buat semua pelajar STPM 201 dan juga sekolah. Dengan usaha yang gigih akan membuahkan hasil yang diinginkan.

Akhir kata..
Mohon ampun dan maaf kepada semua, dan didoakan agar calon-calon STPM 2011 SMKA Maahad Hamidiah mencapai kejayaan yang cemerlang dan mengukir sejarah yang bermakna buat diri sendiri, keluarga dan juga pihak sekolah.

Amin.. Wassalam.